
Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih
diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk
berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta
syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat.
Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan
naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang
ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada
setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”
Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan
dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus
menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi
Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa
bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.
Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah
mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi
Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung
nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara
termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan
keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih
sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.
No comments:
Post a Comment